2 11 月

Datasonic, Meta Doers teroka projek berkaitan Metaverse by Malaysia Gazette

0  comments

KUALA LUMPUR – Datasonic Group Berhad (Datasonic), salah satu pembekal solusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkemuka di Malaysia telah menyertai perjanjian usahasama (MoU) dengan Meta Doers World Holding Berhad (Meta Doers).

MoU itu untuk membentuk kerjasama strategik menerusi penubuhan syarikat usaha sama bagi meneroka peluang besar perniagaan berkaitan dengan Metaverse, yang menyasarkan ke arah industri pendidikan dan kesihatan.

ADVERTISEMENT

Pengerusi Eksekutif Datasonic, Datuk Abu Hanifah Noordin berkata, Malaysia hari ini merupakan sebahagian daripada dunia yang dihubungkan secara digital.

Katanya, dengan pembelajaran secara atas talian semakin popular terutama selepas pandemik, sektor pendidikan sedang meneroka cara untuk mengintegrasikan teknologi imersif bagi mentransformasi persekitaran pendidikan ke arah lebih interaktif, kreatif dan menghiburkan.

“Justeru, kerjasama antara Datasonic dan Meta Doers menandakan langkah pertama Datasonic ke arah dunia Metaverse dengan fokus ke arah industri pendidikan dan kesihatan.

ADVERTISEMENT

“Peringkat awal ini, sasaran pasaran kami adalah sekolah rendah, menengah, pendidikan tinggi dan agensi latihan di Malaysia serta negara Asia Tenggara.

“Datasonic memilik rekod prestasi cemerlang dalam pelbagai projek misi kritikal peringkat nasional dan kami juga telah menghasilkan salah satu passport antarabangsa terbaik di dunia,” katanya dalam majlis MoU di sini, semalam.

Meta Doers adalah sebahagian daripada Doers Education Group iaitu pakar dalam bidang pendidikan secara atas atau luar talian, konsultan bagi projek Metaverse dan khidmat nasihat yang memfokus ke atas enam sektor perniagaan utama – pendidikan, kesihatan, makanan, hiburan, tenaga dan industri perlindungan.

Reference link: https://malaysiagazette.com/2022/11/02/datasonic-meta-doers-teroka-projek-berkaitan-metaverse/


Tags


你可能也喜欢

关于《再见梵高 - 光影展》

By showcasing the works of Vincent van Gogh, it can educate audiences about his life, creative process, and artistic style. Exhibitions of this nature aim to disseminate the cultural heritage of famous artists, allowing more people to learn about and appreciate their works. Here are some reviews of “Van Gogh Alive.”

阅读更多

Web 3.0

探索Web 3.0在教育中的潜力 Web 3.0,互联网的下一代,承诺彻底改变我们与信息和彼此互动的方式。与其前身Web 1.0和Web 2.0不同,Web 3.0的特点是能够理解和解释数据,从而为用户提供更智能和个性化的体验

阅读更多

联系我们